Wednesday 30 March 2011

Kehampaan senario politik di negara ini.

Jikalau menyebut tahun 1998 tentu ramai rakyat malaysia dua peristiwa terbesar iaitu Sukan Komenwel dan Perbicaraan liwat Dato' Sri Anwar Ibrahim. Ketika itu saya masih tahap satu sekolah rendah pelik melihatkan satu tilam yang keluar masuk mahkamah disiarkan tiap-tiap hari di kaca tv mahupun di dada akhbar. Saya bertanya ibubapa saya mengapa tilam itu keluar masuk mahkamah, Apakah gunanya tilam itu dan Apakah itu liwat...Ibu bapa saya hanya diam dan tidak melayan kerenah saya maka saya pun cuba bayangan kaitan tilam dan DSAI selain bertanyakan kepada rakan-rakan di sekolah memandangkan isu ini juga hangat diperkatakan di kalangan pelajar sekolah rendah. Berbagai jawapan saya dengar dari rakan dan semua jawapan itu susah nak diterima akal pada masa itu kerana nak memasukkan sapusotary paracetamol didalam dubur jika demam itu sakit masakan nak berlaku perbuatan liwat.
                    
         Apa yang menghampakan bagi saya ialah apabila saya sudah dewasa ini, tatkala membuat kajian sendiri melalui video di youtube dan bertanyakan orang yang lebih tua yang aktif dalam bidang politik hampir semua mengatakan kes itu adalah fitnah.Fitnah dibuat kerana DSAI enggan membantu anak Mahathir iaitu Mirjan yang diisytihar muflis dan rugi 5 billion syarikat perkapalannya  menggunakan wang kerajaan (public fund). DSAI yang ketika itu Menteri Kewangan menolak permintaan Mahathir atas dasar morality menggunakan wang hasil cukai rakyat untuk menyelamatkan syarikat orang2 UMNO tatkala jutaan lagi rakyat malaysia  yang susah ketika itu kerana hilang pekerjaan dan ada dikalangannya mahu bunuh diri kerana diisytihar muflis .
    
        Tetapi yang lebih menyedihkan lagi jika dakwaan liwat ini adalah fitnah kerana tentu ramai kanak2 yang seusia dengan saya malahan lebih muda akan pelik dan tentu bertanyakan soalan yang sama saya bertanya kepada ibu bapa saya memandangkan  isu ini siang malam keluar di kaca tv selama berbulan-bulan. Ia sama merosakan pemikiran ramai kanak-kanak hanya kerana mahu mempertahankan kuasa...Pembaca-pembaca pikirla sendiri kalau kanak-kanak yang belum matang tahu fungsi kemaluaan mereka.... aduhai negaraku